Wednesday, 14 December 2011
Tuesday, 13 December 2011
Sunday, 11 December 2011
RPH PM TAHUN 1-Hemah Tinggi (Saya Sentiasa Bersopan)
RANCANGAN
MENGAJAR HARIAN PENDIDIKAN MORAL TAHUN 1
Tahun: 1 Harmoni & 1 Murni
(13 orang)
Hari: Selasa
Tarikh: 22 Jun 2011
Masa : 60 minit
Tajuk : Saya Sentiasa bersopan
Nilai : Hemah Tinggi (Unit 5)
Standard Kandungan : 5.1
Menunjukkan adab dalam tutur kata dan tingkah laku
Standard Pembelajaran : 5.1.1
mengenal pasti tutur kata dan tingkah laku yang
bersopan.
5.1.2 Menyedari kesan tutur kata dan tingkah
laku
yang
bersopan
Nilai Tambahan : Kreatif dan
inovatif/Keusahawanan
Bahan Bantu Mengajar : Rakaman
perbualan, Kad dialog, kad imbasan
Aktiviti :
Set Induksi (5 Minit)
1. Murid
mendengar rakaman perbualan bertatasusila.
2. Guru
bersoaljawab dengan murid tentang rakaman yang diperdengarkan.
Langkah 1 (10 Minit)
1. Guru
membimbing murid membaca dialog dalam buku teks.
2. Beberapa
orang murid melakonkan situasi dalam buku teks.
Langkah 2 (10 Minit)
1. Guru
mempamerkan dialog atas papantulis.
2. Murid
menyatakan tuturkata/ucapan bersopan dalam dialog.
Langkah 3 (20 Minit)
1. Dalam
kumpulan kecil, guru memberikan kad imbasan pelbagai tingkah laku sopan.
2. Murid
memberi kata-kata balas berdasarkan situasi yang diberi. Contohnya, situasi
seorang murid berjumpa dengan kawannya pada waktu pagi di kawasan sekolah.
Ucapan balas adalah seperti berikut.
Mei Ling
: Selamat pagi, Ali.
Ali : Selamat pagi, Mei Ling.
Langkah 4 (10 Minit)
Guru membimbing murid menyatakan
kebaikan dan keburukan jika berkelakuan hemah/ tidak hemah.
Penutup(5 Minit)
1. Guru
membimbing murid menyimpulkan tentang pelajaran hari itu.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran
berkesan. Murid-murid telah melibatkan diri dalam pengajaran dan pembelajaran
dengan aktif. Standard pembelajaran tercapai 100%.
Kekuatan:
Saya berpuashati dengan p&p
hari ini. Penyampaikan pengajaran baik. Penglibatan murid sangat memuaskan.
Murid sangat seronok semasa melakonkan situasi dalam buku teks. Mereka berebut-rebut
hendak berlakon. Semua murid boleh
mengenal pasti tutur kata dan tingkah laku yang
bersopan. Mereka juga menyedari dan boleh menyatakan kesan tutur kata
dan tingkah laku yang bersopan.
Kelemahan:
Saya telah memilih untuk
mengunakan rakaman perbualan sebab ingin mengelak dari membuang masa untuk ‘
set up’ LCD projector dan komputer.Walaupun murid seronok mendengar rakaman
perbualan bertatasusila, saya berpendapat set induksi akan lebih menarik lagi sekiranya rakaman
perbualan telah ditukarkan dengan video klip perbualan bertatasusila. Ini
kerana murid-murid bukan saja teransang
melalui deria pendengaran tetapi deria penglihatan. Mereka boleh melihat ‘body language’ ketika
berlaku sopan.
Pemanbahbaikan:
Untuk masa hadapan, saya akan berusaha untuk
mengunakan pendekatan yang melibatkan
pelbagai deria. Kalau perlu saya akan
membuang sedikit masa untuk set up LCD dan Komputer demi untuk kebaikan murid-murid. Selain itu, saya boleh menggunakan komputer
empat belas inchi sebab bilangan murid hanya 13 orang sahaja.
RPH DSV TAHUN 1-Mengena kraf tradisional (Anyaman)
DUNIA SENI VISUAL
TAHUN 1
Tahun : 1 Harmoni (20 orang)
Bidang : Mengenal
Kraf Tradisional
Aktiviti : Anyaman
Tema : Alam Benda
Tajuk : Anyaman Kelarai
Masa : 1020-1120 (60 minit)
Tarikh : 19 Oktober 2011
Media : Alat :
Gunting
Bahan: Dua helai kertas A4 berlainan warna
dan gam
Bahan Bantu Mengajar : Gambar,
contoh anyaman yang telah
dihasilkan
EMK : -
Elemen kreativiti dan inovatif
-
Elemen Keusahawanan
STANDARD KANDUNGAN
1
Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual (unsur seni dan
prinsip
rekaan: garisan, rupa, jalinan, warna, kontra, dan imbangan)
yang
terdapat pada objek buatan manusia dan karya seni dalam
penghasilan
anyaman kelarai.
2
Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual
menerusi
penentuan media dan teknik dalam penghasilan anyaman.
3
Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi
dalam
penghasilan anyaman.
4
Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan
bahasa seni
visual, sejarah seni, dan budaya.
STANDARD PEMBELAJARAN
4.1
Persepsi Estetik Murid dapat mengenal,
menamakan, dan
memahami bahasa seni visual yang ada
pada karya seni.
4.1.1 Unsur
seni
4.1.1.1 Garisan – lurus dan selari
4.1.1.2 Rupa – geometri
4.1.1.3
Jalinan – tampak dan sentuh
4.1.1.4 Warna – primer
4.1.2 Prinsip rekaan
4.1.2.1 Ritma dan pergerakan – ritma biasa
4.2 Aplikasi Seni Murid dapat
mengaplikasikan pengetahuan
menerusi penggunaan
media dan teknik
dalam aktiviti seni.
4.2.1 Mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual
dalam
menghasilkan karya seni
4.2.2 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media
4.2.2.1 Alat – gunting
4.2.2.2 Bahan – dua helai
kertas A4 berlainan warna dan
gam
4.2.3 Mengetahui penggunaan
media, teknik dan proses dalam
penghasilan karya
4.2.3.1 Teknik – anyaman
kelarai
4.3
Ekspresi Kreatif Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan,
kefahaman, dan kemahiran berbahasa seni
visual dalam menghasilkan karya seni 2D dan
3D.
4.3.1 Murid
boleh mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman, dan
kemahiran bahasa seni
visual dalam menghasilkan karya seni
2D
4.3.1.1 Memilih dan
memanipulasi bahan secara kreatif
4.3.1.2 Menggunakan
unsur seni dan prinsip rekaan dalam
penghasilan
karya
4.3.2 Memahami teknik dalam penghasilan kraf
4.3.2.1 Teknik – anyaman kelarai
4.4 Apresiasi Seni Murid dapat membuat
apresiasi terhadap karya
sendiri
dan rakan berpandukan bahasa seni visual.
4.4.1 Mempamerkan karya seni yang dihasilkan
4.4.2 Menceritakan karya seni sendiri secara lisan
atau bertulis
4.4.3 Menghargai karya sendiri dan rakan
STANDARD
PEMBELAJARAN
|
ILUSTRASI
AKTIVITI
|
Persepsi
Estetik (5 minit)
·
Guru menayangkan
slaid contoh-contoh anyaman tikar.
·
Guru
menghubungkaitkan tayangan slaid tersebut dengan pelajaran pada hari ini.
·
Guru menunjukkan contoh anyaman yang telah siap.
·
Guru
berinteraksi dengan murid tentang
unsur warna, rupa dan jalinan.
|
|
Aplikasi
Seni
Langkah 1 (7 minit)
·
Guru berinteraksi
dengan murid tentang jenis-jenis media yang sesuai untuk membuat anyaman.
·
Guru berinteraksi
dengan murid tentang cara penggunaan media dalam penghasilan anyaman.
·
Menunjukkan contoh kelarai mata bilis.
·
Bersoal jawab tentang:
·
Konsep kelarai mata ikan bilis
·
Unsur Seni – garisan, rupa, jalinan, warna.
Prinsip Rekaan (5 Minit)
– ritma dan
pergerakan.
·
Mengenal media atau bahan gantian.
·
Menunjuk
cara menyediakan anyaman kelarai mata bilis bagi mendapatkan idea perancangan
proses kerja.
|
|
Ekspresi
Kreatif
·
Murid membuat langkah berikut dengan bimbingan guru
Langkah 1 (10 Minit)
·
Memilih media atau bahan gantian.
·
Menyediakan tapak anyaman dan jaluran kertas secara
lipatan dan guntingan.
·
Guru menunjukan cara melipat kertas
(cara melipat kedua-dua kertas adalah berbeza
seperti dalam rajah disebelah).
Langkah 2 (3 Minit)
·
Membuat garisan
( murid akan menggunakkan kertas bergaris yang telah
disediakan).
Langkah 3 (7 Minit)
·
Helaian kuning digunting mengikut garisan yang telah
disediakan.
·
Helaian
merah digunting mengikut kreativiti murid dan tidak melebihi garisan yang
disediakan.
Langkah 4 (10 Minit)
·
Guru menunjukkan cara menganyam. Murid menganyam
ikut cara yang telah diterangkan oleh guru.
Langkah 5 (5 Minit)
·
Guru menunjuk cara membuat kemasan. Murid
buat kemasan mengikut kreativiti masing-masing pada karya yang telah
dihasilkan.
|
|
Apresiasi Seni (8
minit)
·
Guru
menerangkan konsep keusahawanan kepada murid.
|
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran hari ini telah
berjalan dengan lancar. Hanya seorang murid yang tidak menyiapkan anyamannya. Murid-murid telah memberi perhatian
sepenuhnya semasa P&P dan berusaha dengan gigih untuk menyiapkan hasil
anyaman mereka.
Kekuatan :
Murid sangat tertarik dengan slide tentang
pelbagai anyaman yang telah ditunjukkan.
P&P hari ini telah dirancang dengan teliti. Oleh itu saya berjaya memberi penerangan yang
jelas serta arahan yang teratur. Murid
mengikuti pengajaran dengan mudah.
Selain itu, saya telah memudahkan P&P hari ini dengan mengarah murid
memotong tapak anyaman mengikut kreativiti masing-masing(helaian merah dengan
bebas tanpa membuat membuat garisan). Ini telah menjimatkan masa. Murid
mempunyai lebih masa untuk menganyam dan mengemas hasil anyaman mereka. Murid berdisiplin.
Kelemahan :
Sungguhpun arahan saya jelas namun terdapat empat
orang murid lambat memahami cara menganyam. Ini menyebabkan seorang murid gagal menyiapkan
anyaman beliau. Untuk mengatasi masalah ini, saya akan meluangkan sedikit masa
selepas waktu balik dengannya nanti.
Saya akan menunjuk ajar semula cara menganyam. Setelah murid tersebut
dapat menyusun jalur kertas dengan betul, saya akan membenarkannya menghabiskan
anyamamnya di rumah. Sekiranya, dia masih tidak dapat menganyam dengan betul
saya akan membuat tunjuk ajar semula keesokannya.
RPH DSV TAHUN 1-Menbuat Corak dan Rekaan (Capan)
Dunia Seni Visual Tahun 1
Tahun :
1 Harmon1
Bidang :
Membuat Corak dan Rekaan
Aktiviti : Capan
Tema : Alam Semulajadi
Tajuk : Bunga
Masa :
!020-11.20 (60 minit)
Tarikh :
22 Jun 2011
Media : Alatan : palet
Bahan : Kertas
lukisan, cat air
Bahan
bantu mengajar : Contoh-contoh corak
teknik capan
EMK :
Elemen keusahawanan, kreativiti
dan inovatif.
STANDARD KANDUNGAN
1.
Bahasa seni visual yang terdapat
pada alam ciptaan Tuhan, objek
buatan manusia, dan karya
seni.
2. Aplikasi
pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual .
3. Penzahiran
idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam karya seni.
4. Apresiasi
terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual.
STANDARD PEMBELAJARAN
2.1 Persepsi Estetik
Murid dapat mengenal , menamakan, dan memahami
bahasa seni visual yang terdapat pada karya seni.
2.1.1 Unsur
seni
2.1.1.1 Rupa – organik dan geometri
2.1.1.2 Warna – primer dan sekunder
2.1.1.3
Jalinan – tampak dan sentuhan
2.1.2 Prinsip
rekaan
2.1.2.1 Harmoni – ulangan atau susunan
yang seimbang
2.1.2.2 kesatuan – dalam alam
semulajadi
2.2 Aplikasi Seni Murid
dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa
seni visual dalam menghasilkan karya seni.
2.2.1 Mengenal dan menyatakan
jenis-jenis media.
2.2.1.1 Alat - palet
2.2.1.2 Bahan - kertas
lukisan dan warna air.
2.2.2 Mengetahui
penggunaan media, teknik dan proses dalam
penghasilan karya.
2.2.2.1 Teknik –capan ( corak terancang)
2.3 Ekspresi Kreatif : Murid dapat menghasilkan pengetahuan,
kefahaman,
dan kemahiran bahasa seni visual dalam
menghasilkan
karya seni.
2.3.1 Memilih
dan mempelbagaikan bahan secara kreatif
2.3.2 Menghasilkan
corak teknik capan.
2.4 Apresiasi seni : Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya
seni
dan rakan berpandukan bahasa sen
2.4.1 Mempamerkan hasil
karya yang dihasilkan.
2.4.2 Menceritakan karya sendiri secara lisan.
2.4.3 Menghargai karya sendiri dan rakan.
STANDARD
PEMBELAJARAN
|
ILUSTRASI AKTIVITI
|
||||||||||||||||||||||||||||||||
Persepsi estetik (10 Minit)
·
Guru menunjukkan kepada murid
contoh-
contoh
karya corak teknik capan kepada
murid.
·
Guru menghubungkaitkan
contoh-contoh
tersebut dengan pelajaran pada hari ini.
·
Guru menunjukkan contoh gambar atau
lukisan gambar yang telah siap.
·
Guru berinteraksi dengan murid tentang
unsur
warna, rupa dan jalinan.
Aplikasi
seni (10 Minit)
·
Guru berinteraksi dengan murid
tentang
jenis-jenis media yang sesuai untuk membuat
capan.
·
Guru berinteraksi dengan murid
tentang cara
penggunaan media dalam penghasilan capan.
Ekspresi kreatif (25 Minit)
·
Guru menunjukkan cara
menghasilkan capan
bercorak
bunga dengan menggunakan jari
telunjuk.
Langkah 1
·
Sediakan kertas lukisan dan cat
air.
Langkah
2
·
Guru menunjukkan cara-cara
membuat capan dengan teknik yang betul.
Langkah 3
·
Murid mula membuat aktiviti
capan dengan
bimbingan
guru.
Apresiasi
Seni (15 Minit)
·
Murid mempamerkan hasil karya.
·
Murid menceritakan hasil karya
sendiri dan
rakan-rakan.
·
Guru memberitahu murid harga
sekuntum
bunga
(sekuntum bunga = RM 1). Guru
meminta
murid menyatakan harga bunga –
bunga yang mereka hasilkan dalam karya
mereka.
·
Guru membuat rumusan .
|
|
Refleksi
Pengajaran
dan pembelajaran telah berjalan dengan lancar.
Mereka sangat teruja dan tidak sabar untuk membuat capan. Semua murid telah berjaya menyiapkan hasil
capan mereka dengan kemas. Standard pembelajaran tercapai.
Kekuatan:
Murid-murid
sangat teruja dan seronok untuk membuat aktiviti ini. Murid-murid telah menghasilkan pelbagai corak
yang menarik dan kreatif.
Murid
telah bekerjasama dengan guru dengan mendengar penerangan guru dengan teliti. Ini menyebabkan P&P berjalan dengan
lancar.
Kelemahan:
Pengurusan
masa kurang baik. Saya telah
menghabiskan terlalu banyak masa membuat penerangan serta tunjuk ajar sedangkan kemahiran hari
ini mudah sahaja. Saya terlalu asyik sehingga tidak memberi peluang kepada
murid untuk menyoal saya atau meluahkan perasaan mereka di awalan P&P.
Pemanbahbaikan:
Untuk
mengatasi masalah ini dari berulang, saya akan memastikan saya sentiasa peka kehendak murid dan tidak telalu asyik di masa hadapan.
Subscribe to:
Posts (Atom)