DUNIA SENI VISUAL TAHUN 1
Tahun :
1 Harmoni (20 orang)
Bidang :
Menggambar
Aktiviti : Catan
Tema : Alam Benda
Tajuk : Ikan
Masa :
1020-1120( 60 minit)
Tarikh : 26
Januari 2011
Media :
Alat :
berus,palet
Bahan : Kertas
lukisan, pensil, warna air
Bahan bantu mengajar
: gambar ikan, lagu (Anak Ikan)
EMK :
Elemen keusahawanan, kreativiti
dan inovatif.
STANDARD KANDUNGAN
1.
Persepsi dan pemahaman Bahasa seni visual yang terdapat
pada alam ciptaan Tuhan,
objek buatan manusia,
dan karya seni.
2.
Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni
visual .
3.
Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian,
dan teknologi dalam karya seni.
4.
Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan
berpandukan bahasa seni visual.
STANDARD
PEMBELAJARAN
1.1 Persepsi Estetik Murid dapat
mengenal , menamakan, dan memahami
bahasa seni visual yang terdapat pada karya seni.
1.1.1
Unsur seni
1.1.1.1
Garisan – Melengkung (Olahan garisan
yang
menghasilkan
rupa
1.1.1.2 Rupa- organic
1.1.1.3 Warna
– primer dan sekunder
1.1.2
Prinsip rekaan
1.1.2.1 Imbangan
– bentuk
1.1.2.2 Kepelbagaian
– garisan
1.2 Aplikasi Seni Murid dapat mengaplikasikan
pengetahuan bahasa
seni visual dalam menghasilkan
karya seni.
1.2.1 Mengenal dan
menyatakan jenis-jenis media.
1.2.1.1 Alat - berus
warna, palet
1.2.1.2 Bahan - kertas
lukisan, pensil dan warna air.
1.2.2 Mengetahui
penggunaan media, teknik dan proses dalam
penghasilan karya.
1.2.2.1 Teknik
–catan ( basah atas kering)
1.3 Ekspresi Kreatif Murid dapat menghasilkan pengetahuan, kefahaman,
dan kemahiran bahasa
seni visual dalam menghasilkan
karya seni.
1.3.1 Memilih dan mempelbagaikan
bahan secara kreatif
1.3.2 Menggunakan
unsur seni (garisan, warna, jalinan dan
rupa)
dalam penghasilan karya.
1.3.3 Menghasilkan
karya menggunakan bahasa seni
visual.
1.4 Apresiasi
seni Murid dapat membuat
apresiasi terhadap karya seni
dan rakan berpandukan bahasa seni.
1.4.1 Mempamerkan
hasil karya yang dihasilkan.
1.4.2 Menceritakan
karya sendiri secara lisan.
1.4.3 Menghargai
karya sendiri dan rakan.
STANDARD
PEMBELAJARAN
|
ILUSTRASI
AKTIVITI
|
||
Persepsi estetik (10 Minit)
·
Guru dan murid menyanyikan lagu “Anak Ikan”
Anaklah
ikanlah ikan dimakan ikan (2X)
Ikanlah
kecil tulangnya banyak tulangnya(2X)
Marilah
kitalah kita bersukaria(2X)
Sambil
menyanyilah nyanyi gelak ketawa(2X)
·
Guru menghubungkaitkan lirik lagu dengan
pelajaran
pada hari ini.
·
Guru
menunjukkan contoh gambar atau
lukisan
gambar yang telah siap.
·
Guru berinteraksi dengan murid tentang
unsur garisan , warna, rupa dan jalinan.
Aplikasi seni (10 Minit)
·
Guru berinteraksi dengan murid tentang
jenis-jenis
media yang sesuai untuk membuat
catan.
·
Guru berinteraksi dengan murid tentang cara
penggunaan
media dalam penghasilan catan.
Ekspresi kreatif (20 Minit)
·
Guru menunjukkan cara menghasilkan lukisan
ikan.
Langkah
1
·
Sediakan kertas lukisan, pensil dan cat air.
Langkah
2
·
Lukiskan bentuk seekor ikan pada kertas
lukisan.
Langkah 3
·
Warnakan bahagian-bahagian ikan yang lain.
Apresiasi
Seni (20 Minit)
·
Murid mempamerkan hasil karya.
·
Murid menceritakan hasil karya sendiri dan
rakan-rakan.
·
Guru dan murid membuat penilaian bersama
untuk memilih karya yang
mereka rasa paling
bernilai.
·
Guru membuat rumusan .
|
|
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran
menyeronokkan. Murid-murid sangat teruja
dapat menggunakan warna air. Empat dari dua puluh orang tidak dapat menyiapkan
gambar.
Kekuatan:
Lagu ‘Anak ikan’
sangat sesuai untuk menarik perhatian murid kepada tajuk P&P hari ini. Murid juga seronok menyanyi lagu ’Anak Ikan’.
Saya mendapati penerangan saya tentang penggunaan media dalam menghasilkan
catan jelas. Penjelasan yang jelas tadi
telah memberi keyakinan yang membolehkan murid menghasilkan catan yang
kemas. Oleh itu, saya akan memastikan
saya sentiasa memberi penjelasan yang jelas dalam setiap pengajaran.
Kelemahan:
Saya menghadapi
masalah mengawal empat orang murid lelaki hari ini. Akibatnya, mereka gagal
menyiapkan hasil catan. Masalah ini berpunca dari kesilapan saya. Saya masih belum mengenali mereka dan tidak
sedar mereka tidak boleh berada dalam satu kumpulan.
Penambahbaikan:
Saya akan berusaha
untuk lebih mengenali murid-murid saya secepat mungkin dengan berbincang dengan
semua guru yang mengajar kelas 1 Harmoni. Daripada hasil perbincangan kami,
kami akan menyusun semula ‘sitting plan’ yang telah disusun selepas Program
Transisi. Saya juga akan melaksanakan sistem ganjaran di mana kelakuan baik
semasa P&P akan diberi ganjaran.
No comments:
Post a Comment