DUNIA SENI VISUAL
TAHUN 1
Tahun : 1 Harmoni (20 orang)
Bidang : Mengenal
Kraf Tradisional
Aktiviti : Anyaman
Tema : Alam Benda
Tajuk : Anyaman Kelarai
Masa : 1020-1120 (60 minit)
Tarikh : 19 Oktober 2011
Media : Alat :
Gunting
Bahan: Dua helai kertas A4 berlainan warna
dan gam
Bahan Bantu Mengajar : Gambar,
contoh anyaman yang telah
dihasilkan
EMK : -
Elemen kreativiti dan inovatif
-
Elemen Keusahawanan
STANDARD KANDUNGAN
1
Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual (unsur seni dan
prinsip
rekaan: garisan, rupa, jalinan, warna, kontra, dan imbangan)
yang
terdapat pada objek buatan manusia dan karya seni dalam
penghasilan
anyaman kelarai.
2
Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual
menerusi
penentuan media dan teknik dalam penghasilan anyaman.
3
Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi
dalam
penghasilan anyaman.
4
Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan
bahasa seni
visual, sejarah seni, dan budaya.
STANDARD PEMBELAJARAN
4.1
Persepsi Estetik Murid dapat mengenal,
menamakan, dan
memahami bahasa seni visual yang ada
pada karya seni.
4.1.1 Unsur
seni
4.1.1.1 Garisan – lurus dan selari
4.1.1.2 Rupa – geometri
4.1.1.3
Jalinan – tampak dan sentuh
4.1.1.4 Warna – primer
4.1.2 Prinsip rekaan
4.1.2.1 Ritma dan pergerakan – ritma biasa
4.2 Aplikasi Seni Murid dapat
mengaplikasikan pengetahuan
menerusi penggunaan
media dan teknik
dalam aktiviti seni.
4.2.1 Mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual
dalam
menghasilkan karya seni
4.2.2 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media
4.2.2.1 Alat – gunting
4.2.2.2 Bahan – dua helai
kertas A4 berlainan warna dan
gam
4.2.3 Mengetahui penggunaan
media, teknik dan proses dalam
penghasilan karya
4.2.3.1 Teknik – anyaman
kelarai
4.3
Ekspresi Kreatif Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan,
kefahaman, dan kemahiran berbahasa seni
visual dalam menghasilkan karya seni 2D dan
3D.
4.3.1 Murid
boleh mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman, dan
kemahiran bahasa seni
visual dalam menghasilkan karya seni
2D
4.3.1.1 Memilih dan
memanipulasi bahan secara kreatif
4.3.1.2 Menggunakan
unsur seni dan prinsip rekaan dalam
penghasilan
karya
4.3.2 Memahami teknik dalam penghasilan kraf
4.3.2.1 Teknik – anyaman kelarai
4.4 Apresiasi Seni Murid dapat membuat
apresiasi terhadap karya
sendiri
dan rakan berpandukan bahasa seni visual.
4.4.1 Mempamerkan karya seni yang dihasilkan
4.4.2 Menceritakan karya seni sendiri secara lisan
atau bertulis
4.4.3 Menghargai karya sendiri dan rakan
STANDARD
PEMBELAJARAN
|
ILUSTRASI
AKTIVITI
|
Persepsi
Estetik (5 minit)
·
Guru menayangkan
slaid contoh-contoh anyaman tikar.
·
Guru
menghubungkaitkan tayangan slaid tersebut dengan pelajaran pada hari ini.
·
Guru menunjukkan contoh anyaman yang telah siap.
·
Guru
berinteraksi dengan murid tentang
unsur warna, rupa dan jalinan.
|
|
Aplikasi
Seni
Langkah 1 (7 minit)
·
Guru berinteraksi
dengan murid tentang jenis-jenis media yang sesuai untuk membuat anyaman.
·
Guru berinteraksi
dengan murid tentang cara penggunaan media dalam penghasilan anyaman.
·
Menunjukkan contoh kelarai mata bilis.
·
Bersoal jawab tentang:
·
Konsep kelarai mata ikan bilis
·
Unsur Seni – garisan, rupa, jalinan, warna.
Prinsip Rekaan (5 Minit)
– ritma dan
pergerakan.
·
Mengenal media atau bahan gantian.
·
Menunjuk
cara menyediakan anyaman kelarai mata bilis bagi mendapatkan idea perancangan
proses kerja.
|
|
Ekspresi
Kreatif
·
Murid membuat langkah berikut dengan bimbingan guru
Langkah 1 (10 Minit)
·
Memilih media atau bahan gantian.
·
Menyediakan tapak anyaman dan jaluran kertas secara
lipatan dan guntingan.
·
Guru menunjukan cara melipat kertas
(cara melipat kedua-dua kertas adalah berbeza
seperti dalam rajah disebelah).
Langkah 2 (3 Minit)
·
Membuat garisan
( murid akan menggunakkan kertas bergaris yang telah
disediakan).
Langkah 3 (7 Minit)
·
Helaian kuning digunting mengikut garisan yang telah
disediakan.
·
Helaian
merah digunting mengikut kreativiti murid dan tidak melebihi garisan yang
disediakan.
Langkah 4 (10 Minit)
·
Guru menunjukkan cara menganyam. Murid menganyam
ikut cara yang telah diterangkan oleh guru.
Langkah 5 (5 Minit)
·
Guru menunjuk cara membuat kemasan. Murid
buat kemasan mengikut kreativiti masing-masing pada karya yang telah
dihasilkan.
|
|
Apresiasi Seni (8
minit)
·
Guru
menerangkan konsep keusahawanan kepada murid.
|
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran hari ini telah
berjalan dengan lancar. Hanya seorang murid yang tidak menyiapkan anyamannya. Murid-murid telah memberi perhatian
sepenuhnya semasa P&P dan berusaha dengan gigih untuk menyiapkan hasil
anyaman mereka.
Kekuatan :
Murid sangat tertarik dengan slide tentang
pelbagai anyaman yang telah ditunjukkan.
P&P hari ini telah dirancang dengan teliti. Oleh itu saya berjaya memberi penerangan yang
jelas serta arahan yang teratur. Murid
mengikuti pengajaran dengan mudah.
Selain itu, saya telah memudahkan P&P hari ini dengan mengarah murid
memotong tapak anyaman mengikut kreativiti masing-masing(helaian merah dengan
bebas tanpa membuat membuat garisan). Ini telah menjimatkan masa. Murid
mempunyai lebih masa untuk menganyam dan mengemas hasil anyaman mereka. Murid berdisiplin.
Kelemahan :
Sungguhpun arahan saya jelas namun terdapat empat
orang murid lambat memahami cara menganyam. Ini menyebabkan seorang murid gagal menyiapkan
anyaman beliau. Untuk mengatasi masalah ini, saya akan meluangkan sedikit masa
selepas waktu balik dengannya nanti.
Saya akan menunjuk ajar semula cara menganyam. Setelah murid tersebut
dapat menyusun jalur kertas dengan betul, saya akan membenarkannya menghabiskan
anyamamnya di rumah. Sekiranya, dia masih tidak dapat menganyam dengan betul
saya akan membuat tunjuk ajar semula keesokannya.
thanks...
ReplyDeletesaya suka dengar lagu ni...
lagu apa yer..?
sangat harmoni..
rasa macam sedih je bila dengar lagu ni..
sayu je hati saya...