Sunday, 11 December 2011

RPH DSV TAHUN 1- Menggambar-(Catan)


DUNIA SENI VISUAL TAHUN 1

Tahun          :    1 Harmoni (20 orang)

Bidang         :    Menggambar

Aktiviti       :    Catan

Tema           :    Alam Benda

Tajuk                    :    Ikan

Masa            :   1020-1120( 60 minit)

Tarikh          :   26 Januari 2011

Media          :     Alat  : berus,palet

                           Bahan  :  Kertas lukisan, pensil, warna air

Bahan bantu mengajar :   gambar ikan,  lagu (Anak Ikan)

EMK            :   Elemen keusahawanan, kreativiti  dan inovatif.

STANDARD  KANDUNGAN
1.       Persepsi dan pemahaman Bahasa seni visual yang terdapat pada alam  ciptaan Tuhan,

objek buatan  manusia, dan karya seni.

2.      Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual .

3.      Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam karya seni.

4.      Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual.


STANDARD  PEMBELAJARAN

1.1   Persepsi Estetik              Murid dapat mengenal , menamakan, dan                 memahami

                                                  bahasa seni visual yang terdapat pada karya seni.

1.1.1       Unsur seni

1.1.1.1                     Garisan – Melengkung (Olahan garisan yang
         
                                        menghasilkan rupa

 1.1.1.2          Rupa- organic

                     1.1.1.3                  Warna – primer dan sekunder
         
1.1.2      Prinsip rekaan

                   1.1.2.1           Imbangan – bentuk

                   1.1.2.2          Kepelbagaian – garisan


1.2   Aplikasi Seni                Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa

                                                      seni visual dalam menghasilkan karya seni.

          1.2.1   Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media.

                   1.2.1.1           Alat   -        berus warna, palet

                   1.2.1.2          Bahan  -       kertas lukisan, pensil dan warna air.

          1.2.2   Mengetahui penggunaan media, teknik dan proses dalam
                                        
                     penghasilan karya.

                   1.2.2.1          Teknik –catan ( basah atas kering)
                  
1.3   Ekspresi Kreatif   Murid dapat menghasilkan pengetahuan, kefahaman,  
                                           
                                          dan kemahiran bahasa seni visual dalam menghasilkan

                                        karya seni.

          1.3.1   Memilih dan mempelbagaikan bahan secara kreatif

          1.3.2   Menggunakan unsur seni (garisan, warna, jalinan   dan rupa)

                      dalam penghasilan karya.

          1.3.3   Menghasilkan karya menggunakan bahasa seni        
                                                                     
                      visual.


1.4   Apresiasi  seni     Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya seni       

                                        dan rakan berpandukan bahasa  seni.

          1.4.1   Mempamerkan hasil karya yang dihasilkan.

          1.4.2   Menceritakan karya sendiri secara lisan.

          1.4.3   Menghargai karya sendiri dan rakan.   



STANDARD PEMBELAJARAN


ILUSTRASI AKTIVITI

Persepsi  estetik (10 Minit)
·         Guru dan murid menyanyikan lagu “Anak Ikan”

Anaklah ikanlah ikan dimakan ikan (2X)
Ikanlah kecil tulangnya banyak tulangnya(2X)
Marilah kitalah kita bersukaria(2X)
Sambil menyanyilah nyanyi gelak ketawa(2X)

·         Guru menghubungkaitkan lirik lagu dengan

pelajaran pada hari ini.

·         Guru  menunjukkan contoh gambar atau

lukisan gambar yang telah siap.

·         Guru berinteraksi  dengan murid tentang

unsur  garisan , warna, rupa dan jalinan.

Aplikasi seni (10 Minit)

·         Guru berinteraksi dengan murid tentang

jenis-jenis media yang sesuai untuk membuat  

           catan.

·         Guru berinteraksi dengan murid tentang cara

penggunaan media dalam penghasilan catan.

Ekspresi  kreatif (20 Minit)
·         Guru menunjukkan cara menghasilkan lukisan

    ikan.

Langkah 1

·         Sediakan kertas lukisan, pensil dan cat air.
Langkah 2

·         Lukiskan  bentuk seekor ikan pada kertas
lukisan.
Langkah  3

·         Warnakan bahagian-bahagian ikan yang lain.

Apresiasi Seni (20 Minit)
 
·         Murid mempamerkan hasil karya.

·         Murid menceritakan hasil karya sendiri dan

rakan-rakan.

·         Guru dan murid membuat penilaian bersama

untuk memilih karya yang mereka rasa paling

 bernilai.

·         Guru membuat rumusan .


Hasil karya
 
                                                                                                                  





Refleksi

Pengajaran dan pembelajaran menyeronokkan.  Murid-murid sangat teruja dapat menggunakan warna air. Empat dari dua puluh orang tidak dapat menyiapkan gambar.

Kekuatan:

Lagu ‘Anak ikan’ sangat sesuai untuk menarik perhatian murid kepada tajuk P&P hari ini.  Murid juga seronok menyanyi lagu ’Anak Ikan’. Saya mendapati penerangan saya tentang penggunaan media dalam menghasilkan catan jelas.  Penjelasan yang jelas tadi telah memberi keyakinan yang membolehkan murid menghasilkan catan yang kemas.  Oleh itu, saya akan memastikan saya sentiasa memberi penjelasan yang jelas dalam setiap pengajaran.

Kelemahan:
Saya menghadapi masalah mengawal empat orang murid lelaki hari ini. Akibatnya, mereka gagal menyiapkan hasil catan. Masalah ini berpunca dari kesilapan saya.  Saya masih belum mengenali mereka dan tidak sedar mereka tidak boleh berada dalam satu kumpulan.

Penambahbaikan:
Saya akan berusaha untuk lebih mengenali murid-murid saya secepat mungkin dengan berbincang dengan semua guru yang mengajar kelas 1 Harmoni. Daripada hasil perbincangan kami, kami akan menyusun semula ‘sitting plan’ yang telah disusun selepas Program Transisi. Saya juga akan melaksanakan sistem ganjaran di mana kelakuan baik semasa P&P akan diberi ganjaran.



RPH DSV TAHUN 1- Menggambar (Lukisan)


DUNIA SENI VISUAL TAHUN 1
Tahun                              :         1 Harmoni (20 orang)
Bidang                             :         Menggambar
Aktiviti                           :        Lukisan
Tema                               :         Alam Benda
Tajuk                               :         Pokok Bunga
Masa                                :         1020-1120 (60 minit)
Tarikh                              :          19 Januari 2011
Media                              :         Alat   : Media kering – pensel warna dan krayon
Bahan: Kertas lukisan, pensel warna, pensel  2B dan  
             krayon
Bahan Bantu Mengajar     :         Contoh-contoh garisan dan gambar-gambar bunga
EMK                               :         - Elemen kreativiti dan inovatif
- Elemen Keusahawanan


STANDARD KANDUNGAN
  1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual (unsur seni dan prinsip rekaan: garisan, rupa, warna, imbangan dan kepelbagaian).
  2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media.
  3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian dan teknologi dalam penghasilan karya.
  4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahan seni visual, sejarah seni dan budaya.


STANDARD PEMBELAJARAN

1.1          Persepsi Estetik     Murid dapat mengenal, menamakan dan memahami    
                               bahasa seni visual yang terdapat pada karya seni.
    1.1.1    Unsur Seni
1.1.1.1           Garisan : Putus-putus, lurus, nipis, tebal, beralun, bujur,    
                    berlingkar
1.1.1.2           Rupa      : Geometri dan organik
              1.1.1.3           Warna            : Harmoni
     1.1.2   Prinsip Rekaan
          1.1.2.1 Harmoni -  (bentuk, rupa dan warna)


1.2   Aplikasi Seni         Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni
visual dalam menghasilkan karya seni.
          1.2.1   Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media
                   1.1.2.1           Alat – Tiada
1.1.2.2          Bahan – Kertas lukisan, pensel warna, warna krayon, pensel 2B
       1.2.2   Mengetahui media, teknik dan proses dalam penghasilan karya.
                   1.2.2.1 Teknik – Menggambar Lukisan (media kering)


1.3   Ekspresi Kreatif  Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan seni, kefahaman  dan kemahiran bahasa seni visual dalam menghasilkan  
          karya seni.
          1.3.1   Memilih memanipulasikan bahan secara kreatif
          1.3.2   Menggunakan unsur seni (garisan, rupa dan warna) dalam  
penghasilan karya.
          1.3.3   Menghasilkan karya menggunakan bahasa seni visual.

1.4   Apresiasi Seni    Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri    
                            dan rakan  bahasa seni visual.
          1.4.1   Mempamerkan karya yang dihasilkan  
          1.4.2   Menceritakan karya sendiri secara lisan
          1.4.3   Menghargai karya sendiri dan rakan





STANDARD PEMBELAJARAN

ILUSTRASI AKTIVITI

Persepsi Estetik (10 Minit)
  • Guru menunjukkan pelbagai jenis contoh garisan
  • Murid menamakan garisan yang ditunjukkan secara lisan.
  • Guru menunjukkan garisan lurus, putus-putus, nipis, tebal, beralun, bujur dan berlingkar
  • Murid diminta menyatakan garisan tersebut
  • Murid diminta menyatakan media yang digunakan dalam menghasilkan garisan tersebut.







Aplikasi Seni (10 Minit)


  • Guru menunjukkan cara membuat garisan yang dapat menghasilkan rupa geometri dan organik
  • Murid menyatakan cara membuat garisan-garisan tersebut dengan bimbingan guru.
  • Murid diminta mengeluarkan media yang akan digunakan dalam membuat garisan.






































































Ekspresi Kreatif (25 Minit)
  • Murid menghasilkan lukisan (tajuk: pokok bunga) dengan bimbingan guru berdasarkan langkah-langkah berikut.
Langkah 1
·         Murid membuat garisan lurus, putus-putus, nipis, tebal, beralun, bujur dan berlingkar berpandukan contoh dan tunjuk ajar guru.
           Langkah 2
·         Murid membuat garisan lurus, putus-putus, nipis, tebal, beralun, bujur dan berlingkar untuk menghasilkan satu karya seni dengan bimbingan guru.

Apresiasi Seni (15 Minit)
·         Murid mempamerkan karya seni yang dihasilkan .
·         Murid menceritakan pengalamannya ketika melakukan aktiviti.
·         Guru membantu murid menerapkan unsur keusahawanan berkaiatan hasil kerja murid.














































                 




Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran telah berjalan dengan lancar dan murid-murid seronok.  Murid-murid telah berjaya melukis dan mewarna bunga dengan kemas. Semua murid berjaya menghasilkan  lukisan pokok bunga .
    
Kekuatan :
Saya sangat berpuashati dengan perancangan yang telah dibuat untuk pengajaran hari ini.  Ini telah memudahkan serta melancarkan lagi P&P. Murid sangat teruja dan telah melibatkan diri dengan aktifnya. Secara keseluruhannya murid dapat menguasai kemahiran yang diajar dan telah berjaya menghasilkan  lukisan  yang sempurna.

Kelemahan :
Walaupun P&P telah mengikut perancangan, murid melibatkan diri dengan aktif dan telah berjaya menghasilkan lukisan yang sempurna, saya kecewa dengan diri saya sendiri kerana beberapa kali membuat kesilapan berkenaan bahasa seni sewaktu sesi apresiasi hasil kerja murid.  Perkara ini disebabkan saya kurang yakin dengan diri sendiri kerana jarang mengajar subjek ini.  

Penambahbaikan:
Untuk mengatasi masalah kurang yakin saya dalam mengajar subjek ini, saya akan membeli buku serta melayari internet berkaitan dengan Pendidikan Seni Visual.