Sunday 11 December 2011

RPH DSV TAHUN 1-Menbuat Corak dan Rekaan (Capan)


Dunia Seni Visual Tahun 1
Tahun          :    1 Harmon1
Bidang         :    Membuat Corak dan Rekaan
Aktiviti       :    Capan
Tema           :    Alam Semulajadi
Tajuk                    :    Bunga
Masa            :    !020-11.20 (60 minit)
Tarikh          :    22 Jun 2011
Media          :      Alatan  : palet
                           Bahan  :  Kertas lukisan, cat air
Bahan bantu mengajar :   Contoh-contoh corak teknik capan
EMK            :   Elemen keusahawanan, kreativiti  dan inovatif.

STANDARD  KANDUNGAN
1.       Bahasa seni visual yang terdapat pada alam  ciptaan Tuhan, objek buatan  manusia, dan karya
seni.
2.    Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual .
3.    Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam karya seni.
4.    Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual.
STANDARD  PEMBELAJARAN
2.1   Persepsi Estetik              Murid dapat mengenal , menamakan, dan                 memahami                                                                              
                                                   bahasa seni visual yang terdapat pada karya seni.
          2.1.1   Unsur seni

                   2.1.1.1           Rupa – organik dan geometri               
                    2.1.1.2        Warna – primer dan sekunder
                    2.1.1.3        Jalinan – tampak dan sentuhan
         
           2.1.2   Prinsip rekaan
                     2.1.2.1                  Harmoni – ulangan atau susunan yang seimbang
                     2.1.2.2                 kesatuan – dalam alam semulajadi
2.2   Aplikasi Seni      Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa                                          seni visual dalam menghasilkan karya seni.
           2.2.1   Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media.

                      2.2.1.1                 Alat   -        palet
                      2.2.1.2                Bahan  -       kertas lukisan dan warna air.
           2.2.2            Mengetahui penggunaan media, teknik dan proses dalam
                      penghasilan karya.
                      2.2.2.1                Teknik –capan ( corak terancang)

2.3   Ekspresi Kreatif :          Murid dapat menghasilkan pengetahuan, kefahaman, 
                                         dan kemahiran bahasa seni visual dalam menghasilkan
                                        karya seni.
          2.3.1  Memilih dan mempelbagaikan bahan secara kreatif
          2.3.2  Menghasilkan corak teknik capan.

2.4   Apresiasi  seni :   Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya seni
                                       dan rakan berpandukan bahasa  sen
           2.4.1            Mempamerkan hasil karya yang dihasilkan.
           2.4.2 Menceritakan karya sendiri secara lisan.
           2.4.3 Menghargai karya sendiri dan rakan.  



STANDARD PEMBELAJARAN


ILUSTRASI AKTIVITI

Persepsi  estetik (10 Minit)
·         Guru menunjukkan kepada murid contoh-
          contoh karya corak teknik capan kepada
          murid.
·         Guru menghubungkaitkan contoh-contoh
tersebut dengan pelajaran pada hari ini.
·         Guru  menunjukkan contoh gambar atau
lukisan gambar yang telah siap.
·         Guru berinteraksi  dengan murid tentang
unsur  warna, rupa dan jalinan.

Aplikasi seni (10 Minit)
·         Guru berinteraksi dengan murid tentang
jenis-jenis media yang sesuai untuk membuat 
capan.

·         Guru berinteraksi dengan murid tentang cara
penggunaan media dalam penghasilan capan.

Ekspresi  kreatif (25 Minit)
·         Guru menunjukkan cara menghasilkan capan
bercorak bunga dengan menggunakan  jari
telunjuk.

Langkah 1
·         Sediakan kertas lukisan dan cat air.
Langkah 2
·         Guru menunjukkan cara-cara membuat capan dengan teknik yang betul.
Langkah  3
·         Murid mula membuat aktiviti capan dengan
bimbingan guru.

Apresiasi Seni (15 Minit)
·         Murid mempamerkan hasil karya.
·         Murid menceritakan hasil karya sendiri dan
rakan-rakan.
·         Guru memberitahu murid harga sekuntum
bunga (sekuntum bunga = RM 1). Guru
meminta murid menyatakan harga bunga –
bunga  yang mereka hasilkan dalam karya
mereka.



·         Guru membuat rumusan .

Hasil karya
 
                                                                                                                  




 




























Refleksi

Pengajaran dan pembelajaran telah berjalan dengan lancar.  Mereka sangat teruja dan tidak sabar untuk membuat capan.  Semua murid telah berjaya menyiapkan hasil capan mereka dengan kemas. Standard pembelajaran tercapai.

Kekuatan:
Murid-murid sangat teruja dan seronok untuk membuat aktiviti ini.  Murid-murid telah menghasilkan pelbagai corak yang menarik dan kreatif. 
Murid telah bekerjasama dengan guru dengan mendengar penerangan guru dengan teliti.  Ini menyebabkan P&P berjalan dengan lancar.

Kelemahan:
Pengurusan masa kurang baik.  Saya telah menghabiskan terlalu banyak masa membuat penerangan  serta tunjuk ajar sedangkan kemahiran hari ini mudah sahaja. Saya terlalu asyik sehingga tidak memberi peluang kepada murid untuk menyoal saya atau meluahkan perasaan mereka di awalan P&P.

Pemanbahbaikan:
Untuk mengatasi masalah ini dari berulang, saya akan memastikan saya sentiasa peka  kehendak murid  dan tidak telalu asyik di masa hadapan.

1 comment:

  1. Goyo Casino: Casino in the City of San Jose - GoGoyo
    You 외국 라이브 can get to a place you wish to visit, including the famous 파라오사이트 Casino 알바로 모라타 Hotel, 10 뱃 in the city of San Jose, and enjoy great deals, amenities 벳 365 우회 주소 and

    ReplyDelete