Sunday 11 December 2011

RPH DSV TAHUN 1- Menggambar (Lukisan)


DUNIA SENI VISUAL TAHUN 1
Tahun                              :         1 Harmoni (20 orang)
Bidang                             :         Menggambar
Aktiviti                           :        Lukisan
Tema                               :         Alam Benda
Tajuk                               :         Pokok Bunga
Masa                                :         1020-1120 (60 minit)
Tarikh                              :          19 Januari 2011
Media                              :         Alat   : Media kering – pensel warna dan krayon
Bahan: Kertas lukisan, pensel warna, pensel  2B dan  
             krayon
Bahan Bantu Mengajar     :         Contoh-contoh garisan dan gambar-gambar bunga
EMK                               :         - Elemen kreativiti dan inovatif
- Elemen Keusahawanan


STANDARD KANDUNGAN
  1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual (unsur seni dan prinsip rekaan: garisan, rupa, warna, imbangan dan kepelbagaian).
  2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media.
  3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian dan teknologi dalam penghasilan karya.
  4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahan seni visual, sejarah seni dan budaya.


STANDARD PEMBELAJARAN

1.1          Persepsi Estetik     Murid dapat mengenal, menamakan dan memahami    
                               bahasa seni visual yang terdapat pada karya seni.
    1.1.1    Unsur Seni
1.1.1.1           Garisan : Putus-putus, lurus, nipis, tebal, beralun, bujur,    
                    berlingkar
1.1.1.2           Rupa      : Geometri dan organik
              1.1.1.3           Warna            : Harmoni
     1.1.2   Prinsip Rekaan
          1.1.2.1 Harmoni -  (bentuk, rupa dan warna)


1.2   Aplikasi Seni         Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni
visual dalam menghasilkan karya seni.
          1.2.1   Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media
                   1.1.2.1           Alat – Tiada
1.1.2.2          Bahan – Kertas lukisan, pensel warna, warna krayon, pensel 2B
       1.2.2   Mengetahui media, teknik dan proses dalam penghasilan karya.
                   1.2.2.1 Teknik – Menggambar Lukisan (media kering)


1.3   Ekspresi Kreatif  Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan seni, kefahaman  dan kemahiran bahasa seni visual dalam menghasilkan  
          karya seni.
          1.3.1   Memilih memanipulasikan bahan secara kreatif
          1.3.2   Menggunakan unsur seni (garisan, rupa dan warna) dalam  
penghasilan karya.
          1.3.3   Menghasilkan karya menggunakan bahasa seni visual.

1.4   Apresiasi Seni    Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri    
                            dan rakan  bahasa seni visual.
          1.4.1   Mempamerkan karya yang dihasilkan  
          1.4.2   Menceritakan karya sendiri secara lisan
          1.4.3   Menghargai karya sendiri dan rakan





STANDARD PEMBELAJARAN

ILUSTRASI AKTIVITI

Persepsi Estetik (10 Minit)
  • Guru menunjukkan pelbagai jenis contoh garisan
  • Murid menamakan garisan yang ditunjukkan secara lisan.
  • Guru menunjukkan garisan lurus, putus-putus, nipis, tebal, beralun, bujur dan berlingkar
  • Murid diminta menyatakan garisan tersebut
  • Murid diminta menyatakan media yang digunakan dalam menghasilkan garisan tersebut.







Aplikasi Seni (10 Minit)


  • Guru menunjukkan cara membuat garisan yang dapat menghasilkan rupa geometri dan organik
  • Murid menyatakan cara membuat garisan-garisan tersebut dengan bimbingan guru.
  • Murid diminta mengeluarkan media yang akan digunakan dalam membuat garisan.






































































Ekspresi Kreatif (25 Minit)
  • Murid menghasilkan lukisan (tajuk: pokok bunga) dengan bimbingan guru berdasarkan langkah-langkah berikut.
Langkah 1
·         Murid membuat garisan lurus, putus-putus, nipis, tebal, beralun, bujur dan berlingkar berpandukan contoh dan tunjuk ajar guru.
           Langkah 2
·         Murid membuat garisan lurus, putus-putus, nipis, tebal, beralun, bujur dan berlingkar untuk menghasilkan satu karya seni dengan bimbingan guru.

Apresiasi Seni (15 Minit)
·         Murid mempamerkan karya seni yang dihasilkan .
·         Murid menceritakan pengalamannya ketika melakukan aktiviti.
·         Guru membantu murid menerapkan unsur keusahawanan berkaiatan hasil kerja murid.














































                 




Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran telah berjalan dengan lancar dan murid-murid seronok.  Murid-murid telah berjaya melukis dan mewarna bunga dengan kemas. Semua murid berjaya menghasilkan  lukisan pokok bunga .
    
Kekuatan :
Saya sangat berpuashati dengan perancangan yang telah dibuat untuk pengajaran hari ini.  Ini telah memudahkan serta melancarkan lagi P&P. Murid sangat teruja dan telah melibatkan diri dengan aktifnya. Secara keseluruhannya murid dapat menguasai kemahiran yang diajar dan telah berjaya menghasilkan  lukisan  yang sempurna.

Kelemahan :
Walaupun P&P telah mengikut perancangan, murid melibatkan diri dengan aktif dan telah berjaya menghasilkan lukisan yang sempurna, saya kecewa dengan diri saya sendiri kerana beberapa kali membuat kesilapan berkenaan bahasa seni sewaktu sesi apresiasi hasil kerja murid.  Perkara ini disebabkan saya kurang yakin dengan diri sendiri kerana jarang mengajar subjek ini.  

Penambahbaikan:
Untuk mengatasi masalah kurang yakin saya dalam mengajar subjek ini, saya akan membeli buku serta melayari internet berkaitan dengan Pendidikan Seni Visual.








No comments:

Post a Comment