Sunday, 11 December 2011

RPH PM TAHUN 1-Hemah Tinggi (Saya Sentiasa Bersopan)


RANCANGAN MENGAJAR HARIAN PENDIDIKAN MORAL TAHUN 1
Tahun: 1 Harmoni & 1 Murni (13 orang)
Hari: Selasa
Tarikh: 22 Jun 2011
Masa : 60 minit
Tajuk : Saya Sentiasa bersopan
Nilai : Hemah Tinggi (Unit 5)
Standard Kandungan : 5.1 Menunjukkan adab dalam tutur kata dan tingkah laku
Standard Pembelajaran : 5.1.1 mengenal pasti tutur kata dan tingkah laku yang    
                                                bersopan.
                                        5.1.2 Menyedari kesan tutur kata dan tingkah laku   
                                                yang
                                                bersopan
Nilai Tambahan : Kreatif dan inovatif/Keusahawanan
Bahan Bantu Mengajar : Rakaman perbualan, Kad dialog, kad imbasan
Aktiviti :
Set Induksi (5 Minit)
1.     Murid mendengar rakaman perbualan bertatasusila.
2.    Guru bersoaljawab dengan murid tentang rakaman yang diperdengarkan.
Langkah 1 (10 Minit)
1.     Guru membimbing murid membaca dialog dalam buku teks.
2.    Beberapa orang murid melakonkan situasi dalam buku teks.
Langkah 2 (10 Minit)
1.     Guru mempamerkan dialog atas papantulis.
2.    Murid menyatakan tuturkata/ucapan bersopan dalam dialog.
Langkah 3 (20 Minit)
1.     Dalam kumpulan kecil, guru memberikan kad imbasan pelbagai tingkah laku sopan.
2.    Murid memberi kata-kata balas berdasarkan situasi yang diberi. Contohnya, situasi seorang murid berjumpa dengan kawannya pada waktu pagi di kawasan sekolah. Ucapan balas adalah seperti berikut.
Mei Ling : Selamat pagi, Ali.
Ali            : Selamat pagi, Mei Ling.

Langkah 4 (10 Minit)
Guru membimbing murid menyatakan kebaikan dan keburukan jika berkelakuan hemah/ tidak hemah.
Penutup(5 Minit)
1.     Guru membimbing murid menyimpulkan tentang pelajaran hari itu.

                          

Refleksi

Pengajaran dan pembelajaran berkesan. Murid-murid telah melibatkan diri dalam pengajaran dan pembelajaran dengan aktif. Standard pembelajaran tercapai 100%.

Kekuatan:

Saya berpuashati dengan p&p hari ini. Penyampaikan pengajaran baik. Penglibatan murid sangat memuaskan. Murid sangat seronok semasa melakonkan situasi dalam buku teks. Mereka berebut-rebut hendak berlakon.  Semua murid boleh mengenal pasti tutur kata dan tingkah laku yang  bersopan. Mereka juga menyedari dan boleh menyatakan kesan tutur kata dan tingkah laku yang  bersopan.

Kelemahan:

Saya telah memilih untuk mengunakan rakaman perbualan sebab ingin mengelak dari membuang masa untuk ‘ set up’ LCD projector dan komputer.Walaupun murid seronok mendengar rakaman perbualan bertatasusila, saya berpendapat set induksi  akan lebih menarik lagi sekiranya rakaman perbualan telah ditukarkan dengan video klip perbualan bertatasusila. Ini kerana murid-murid bukan saja  teransang melalui deria pendengaran tetapi deria penglihatan.  Mereka boleh melihat ‘body language’ ketika berlaku sopan.

Pemanbahbaikan:

Untuk  masa hadapan, saya akan berusaha untuk mengunakan pendekatan yang  melibatkan pelbagai deria.  Kalau perlu saya akan membuang sedikit masa untuk set up LCD dan  Komputer demi untuk kebaikan murid-murid.  Selain itu, saya boleh menggunakan  komputer  empat belas inchi sebab bilangan murid hanya 13 orang sahaja.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment