Sunday 11 December 2011

RPH DSV TAHUN 1-Mengena kraf tradisional (Anyaman)


DUNIA SENI VISUAL TAHUN 1

Tahun                              :         1 Harmoni (20 orang)

Bidang                             :         Mengenal Kraf Tradisional

Aktiviti                           :        Anyaman

Tema                              :         Alam Benda

Tajuk                              :         Anyaman Kelarai

Masa                               :         1020-1120 (60 minit)

Tarikh                              :          19 Oktober 2011

Media                             :         Alat   : Gunting

Bahan: Dua helai kertas A4 berlainan warna 

  dan gam

Bahan Bantu Mengajar     :         Gambar, contoh anyaman yang telah 

                                                  dihasilkan
                                                   
EMK                                :         - Elemen kreativiti dan inovatif

- Elemen Keusahawanan

STANDARD KANDUNGAN
1      Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual (unsur seni dan prinsip
rekaan:   garisan,  rupa, jalinan, warna, kontra, dan imbangan) yang
terdapat pada objek buatan manusia dan karya seni dalam penghasilan
 anyaman kelarai.
2     Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi   
penentuan media dan teknik dalam penghasilan anyaman.
3     Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam
penghasilan anyaman.
4     Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni
visual, sejarah seni, dan budaya.

 STANDARD PEMBELAJARAN
4.1         Persepsi Estetik       Murid dapat mengenal, menamakan, dan    
                     memahami  bahasa seni visual yang ada  
                               pada karya seni.
        4.1.1   Unsur seni
                   4.1.1.1        Garisan lurus dan selari
                   4.1.1.2       Rupa geometri
                   4.1.1.3       Jalinan tampak dan sentuh
                   4.1.1.4       Warna primer
         4.1.2   Prinsip rekaan
                      4.1.2.1 Ritma dan pergerakan ritma biasa

4.2        Aplikasi Seni            Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan  
                                               menerusi penggunaan media dan teknik    
                                               dalam aktiviti seni.
           4.2.1    Mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual dalam    
                       menghasilkan karya seni
           4.2.2    Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media
                       4.2.2.1 Alat gunting
                       4.2.2.2 Bahan – dua helai kertas A4 berlainan warna  dan
                                               gam
           4.2.3    Mengetahui penggunaan media, teknik dan proses dalam  
                       penghasilan karya
                      4.2.3.1 Teknik – anyaman kelarai
4.3      Ekspresi Kreatif         Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan,    
                                                  kefahaman, dan kemahiran berbahasa seni        
                                                  visual dalam menghasilkan karya seni 2D dan
                                                   3D.
              4.3.1   Murid boleh mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman, dan          
                        kemahiran bahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni                    
                        2D
                        4.3.1.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif
                        4.3.1.2 Menggunakan unsur seni dan prinsip rekaan dalam  
                                   penghasilan karya
             4.3.2   Memahami teknik dalam penghasilan kraf
                        4.3.2.1 Teknik anyaman kelarai
4.4     Apresiasi Seni       Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya                                   
                                           sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual.
              4.4.1   Mempamerkan karya seni yang dihasilkan
              4.4.2   Menceritakan karya seni sendiri secara lisan atau bertulis
              4.4.3   Menghargai karya sendiri dan rakan












STANDARD PEMBELAJARAN                                                       

ILUSTRASI AKTIVITI
Persepsi Estetik (5 minit)
·         Guru menayangkan slaid contoh-contoh anyaman tikar.
·         Guru menghubungkaitkan tayangan slaid tersebut dengan pelajaran pada hari ini.
·         Guru  menunjukkan contoh anyaman  yang telah siap.
·         Guru berinteraksi  dengan murid tentang unsur  warna, rupa dan jalinan.








Aplikasi Seni
Langkah 1 (7 minit)
·         Guru berinteraksi dengan murid tentang jenis-jenis media yang sesuai untuk membuat  anyaman.
·         Guru berinteraksi dengan murid tentang cara penggunaan media dalam penghasilan anyaman.
·         Menunjukkan contoh kelarai mata bilis.
·         Bersoal jawab tentang:
·         Konsep kelarai mata ikan bilis
·         Unsur Seni – garisan, rupa, jalinan, warna. 

Prinsip Rekaan (5 Minit)
– ritma dan pergerakan.


·         Mengenal media atau bahan gantian.


·         Menunjuk cara menyediakan anyaman kelarai mata bilis bagi mendapatkan idea perancangan proses kerja.









































Ekspresi Kreatif
·         Murid membuat langkah berikut dengan bimbingan guru

Langkah 1 (10 Minit)
·         Memilih media atau bahan gantian.
·         Menyediakan tapak anyaman dan jaluran kertas secara lipatan dan guntingan.
·         Guru menunjukan cara melipat kertas
(cara melipat kedua-dua kertas adalah berbeza seperti dalam rajah disebelah).


Langkah 2 (3 Minit)
·         Membuat garisan
( murid akan menggunakkan kertas bergaris yang telah disediakan).







Langkah 3 (7 Minit)
·         Helaian kuning digunting mengikut garisan yang telah disediakan.









·         Helaian merah digunting mengikut kreativiti murid dan tidak melebihi garisan yang disediakan.











        
           Langkah 4 (10 Minit)

·         Guru menunjukkan cara menganyam. Murid menganyam ikut cara yang telah diterangkan oleh guru.



          Langkah 5 (5 Minit)
·         Guru menunjuk cara membuat kemasan. Murid buat kemasan mengikut kreativiti masing-masing pada karya yang telah dihasilkan.































































































Apresiasi Seni (8 minit)
  • M empamerkan hasil kerja dan bercerita mengenainya. Contoh: anyaman kelarai amat terkenal dalam kalangan suku kaum iban, melanau, bidayuh dan kenyah.
  • Mempamerkan karya seni pada papan pamer.
·         Guru menerangkan konsep keusahawanan kepada murid.
















Refleksi

Pengajaran dan pembelajaran hari ini telah berjalan dengan lancar. Hanya seorang murid yang tidak menyiapkan anyamannya.  Murid-murid telah memberi perhatian sepenuhnya semasa P&P dan berusaha dengan gigih untuk menyiapkan hasil anyaman mereka.

Kekuatan :

Murid sangat tertarik dengan slide tentang pelbagai anyaman yang telah ditunjukkan.  P&P hari ini telah dirancang dengan teliti.  Oleh itu saya berjaya memberi penerangan yang jelas serta  arahan yang teratur. Murid mengikuti  pengajaran dengan mudah. Selain itu, saya telah memudahkan P&P hari ini dengan mengarah murid memotong tapak anyaman mengikut kreativiti masing-masing(helaian merah dengan bebas tanpa membuat membuat garisan). Ini telah menjimatkan masa. Murid mempunyai lebih masa untuk menganyam dan mengemas  hasil anyaman mereka. Murid berdisiplin.

Kelemahan :

Sungguhpun arahan saya jelas namun terdapat empat orang murid lambat memahami cara menganyam.  Ini menyebabkan seorang murid gagal menyiapkan anyaman beliau. Untuk mengatasi masalah ini, saya akan meluangkan sedikit masa selepas waktu balik dengannya nanti.  Saya akan menunjuk ajar semula cara menganyam. Setelah murid tersebut dapat menyusun jalur kertas dengan betul, saya akan membenarkannya menghabiskan anyamamnya di rumah. Sekiranya, dia masih tidak dapat menganyam dengan betul saya akan membuat tunjuk ajar semula keesokannya.





















1 comment:

  1. thanks...
    saya suka dengar lagu ni...
    lagu apa yer..?
    sangat harmoni..
    rasa macam sedih je bila dengar lagu ni..
    sayu je hati saya...

    ReplyDelete